Monday, May 12, 2014

GENETEX di Akhbar

Generation Textile atau GENETEX telah berada di muka akhbar serta blog. Antaranya ialah :

Jurnalis Shah Alam : Art Market Jana 15 ribu dana pelajar

Batik UiTM Jadi Tumpuan di Oman

Antara keratan akhbar -

2014-02-26  Berita Harian-1.jpg


features.jpg

MS 2.jpg

MS18.jpg

Sumber : News Clip FSSR

Program-program Jabatan Tekstil (GENETEX)

TEXTILE DEPARTMENT @ Taman Bukit Cerakah Shah Alam
08

06

07

03

Sumber gambar : Student Event FSSR


Note: The following article hosted in Bahasa Melayu

Pada 24 Mac 2013 yang lalu, satu program suai kenal diantara pelajar lama & baru anjuran Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Shah Alam telah diadakan. Taman Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam telah dipilih sebagai lokasi program ini. Seramai 163 orang pelajar telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar Semester 1,2,3 dan 6. Program ini telah dirasmikan oleh Dr Basitah Taif selaku KPP Jabatan Seni Reka Tekstil.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk merapatkan jurang persahabatan serta melahirkan semangat kekeluargaan antara pelajar baru dan lama di Jabatan Seni Reka Tekstil. Selain itu, melalui program ini, para pelajar diberi peluang untuk merancang aktiviti yang berupaya memberi motivasi untuk berusaha ke arah kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun kurikulum.


Aktiviti yang bertemakan 'Fear Factor' mencabar ketangkasan dan kemahiran para pelajar dalam menyelesaikan cabaran yang telah disediakan di setiap checkpoint, antaranya Who Am I dan juga Rambo Taste. Program ini telah memberi banyak manfaat kepada para pelajar dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar dan seterusnya di alam pekerjaan kelak.
Sumber: Student Event FSSR


Selain daripada itu, GENETEX juga turut menganjurkan program-program lain yang dapat mengeratkan ukhwah di antara para pelajar GENETEX dari semester 1 sehingga semester 6. Antara program lain tersebut ialah Annual Grand Dinner, Annual Grand Meeting (AGM), Program Pengisian Rohaniah dan Solat Hajat, Art Market, Textile Degree Show dan lain-lain lagi.

Berikut ialah koleksi gambar yang diambil daripada Facebook GENETEX
 







Fasiliti - fasiliti Jabatan Seni Reka Tekstil (GENETEX)

Fasiliti yang cukup dapat memudahkan pergerakan kerja menjadi lancar dan teratur. Begitu juga yang telah disediakan oleh Jabatan Seni Reka Tekstil (GENETEX), FSSR bagi para pelajarnya.

Jabatan Seni Reka Tekstil mempunyai Bengkel mencanting, bengkel Printing, Studio White, Studio Fibre dan bermacam lagi.

Fasiliti-fasiliti ini boleh digunakan oleh semua pelajar di bawah Jabatan Tekstil. Selain itu, bekalan untuk mencanting juga disediakan seperti bahan pewarna batik (dye), pemidang, bekalan kain untuk mencanting dan lain-lain lagi.

Lecturer's of Textile Design Department

BIL
NAME
POSITION
PHONE NUMBER
1
Norwani Md. Nawawi (Assoc. Prof. Dr.)
Prof Madya | Associate Professor
+603 3258 4077
2
Basitah Taif (Dr.)
Pensyarah Kanan | Senior Lecturer
+603 5544 4062
3
Elliza Hashim
Pensyarah Kanan | Senior Lecturer
+603 5544 4087
4
Suzanne Stankard (Dr.)
Pensyarah Kanan | Senior Lecturer
+012 309 4856
5
Rainal Hidayat Wardi
Pensyarah Kanan | Senior Lecturer (Study leave)
+603 5544 4062
6
Danuri Sakijan (Hj.)
Pensyarah Kanan | Senior Lecturer
+013 990 4857
7
Mohd Azhar Samin
Pensyarah Kanan | Senior Lecturer
55211676,0198571964
8
Azman Mohamed
Pensyarah Kanan | Senior Lecturer
+60 19 207 0440
9
Rahman Rosman
Pensyarah Kanan | Senior Lecturer
+013 333 3141
10
Faradiba Liana Naser
Pensyarah Kanan | Senior Lecturer
+013 933 5399
11
Habibah Hj Abd Jabbar
Pensyarah | Lecturer (Study leave)
+603 5522 1838
12
Rusmawati Binti Ghazali
Pensyarah | Lecturer (Study leave)
+013 303 8341

VISION AND MISSION

GENETEX of Art and Design vision and mission are:

VISION
To establish FSSR as a premier faculty of outstanding scholarship and academic excellence capable of providing leadership to Bumiputeras’s dynamic involvement in art and design field of world-class standards in order to produce globally competitive graduates of sound ethical standing.

MISSION
To enhance the knowledge and expertise of Bumiputeras in art and design field of study through professional programmes, research work and community service based on moral values and professional ethics.

PHILOSOPHY
Every individual has the ability to attain excellence through the transfer of knowledge and assimilation of moral values so as to become professional graduates capable of developing knowledge, self, society and nation.

Tuesday, May 6, 2014

Sejarah Tekstil Di Malaysia

Tekstil adalah satu industri yang besar dan mempunyai skop yang luas. Ianya melibatkan banyak industri. Bukan hanya dalam bidang fesyen sahaja bahkan banyak lagi bidang- bidang lain. Contohnya yang paling senang untuk dilihat adalah "carpet" yang banyak digunakan sebagai pelapik lantai. Bahan tekstil juga diguna pakai dalam bidang automotif, decoration, furnishing, garment, construction, space (pakaian angkasa) dan sebagainya lagi.
Sebenarnya di Malaysia, Tekstil adalah material yang paling sinonim dengan penduduknya. Yang dimaksudkan adalah pakaian, pelbagai pakaian dan jenis material digunakan untuk mencorakan sesuatu design didalam masyarakat kita. Pakaian juga dipakai oleh semua kaum dengan cara mereka tersendiri. Persoalannya, adakah mereka tahu mengenali material yang dipakai dan digunakan oleh mereka?. Sayangnya mereka tidak menyedari dan kurang mengambil tahu tentang material yang dipakai. Jika diketahui kepentinganya, sudah pasti mereka akan rasa betapa pentingnya Tekstil dalam kehidupan seharian dan pasti mereka akan cuba mendalami ilmu tekstil itu sendiri.

Sepatutnya semua masyarakat Malaysia perlu mempunyai ilmu asas tentang tekstil. Golongan utama yang perlu mengetahui adalah mereka yang terlibat dalam industri Tekstil seperti penjual kain, pembuat batik, penjahit, pemilik butik, dan sesiapa sahaja yang terlibat lansung dalam bidang Tekstil.

A). Asas pembuatan Tekstil
1.   Pengenalan kepada Fiber
2.   Pengenalan kepada Yarn/ Benang
3.   Pengenalan kepada Fabrik
4.   Proces deying/ mewarna fabrik
5.   Produk- produk yang dihasilkan dari Fabrik.
B). Industri yang telibat secara langsung
1.   Pakaian dan Fesyen
2.   Penggunaan dalam Automotif
3.   Penggunaan dalam bidang Perubatan
4.   Penggunaan dalam bidang Penghotelan

5.    Penggunaan dalam Kejuruteraan

Sumber : KLIK SINI

Sejarah Batik di Malaysia

    Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Batik terkenal di Gugusan kepulauan Melayu iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Malaysia. Negeri yang popular dengan batik adalah Kelantan dan Terengganu.

Berikut adalah sejarah kraf batik:
2000 tahun dahulu - Telah wujud di Mesir dan Parsi
Abad ke 7 - Digunakan di Jepun dan China
Abad lke 15 - Diperkenalkan di T.Melayu pada zaman pemeerintahan Parameswara di Melaka
Abad ke18 - Batik pelangi memulakan perusahaan di Trengganu
1910an - Perusahaan batik di K.Baharu, Kelantan
1920an - Teknik ‘terap hitam’ digunakan utntuk mengecap kain. Blok kayu berukir dengan gaya ukiran timbul dicelup dengan pewarna hitam sebelum diterap pada kain putih. Pewarna kimia dari Eropah diperkenalkan pada tahun 1926
1930an - Perusahaan batik menggunakan teknik terapan lilin bermula di Terengganu dan Kelantan.Batik skrin diperkenalkan di Kelantan
Selepas perang dunia ke2 - Perusahaan batik berkembang dengan pesat dan menjadi industri kampung yang utama
Sekarang - Industri batik berkembang secara besar-besaran dan pengeluaranya telah menenbusi pasaran dunia

Tuesday, March 18, 2014

Selamat Datang






Selamat Datang Ke Blog Jabatan Seni Reka Tekstil, UiTM Shah Alam