Tuesday, May 6, 2014

Sejarah Tekstil Di Malaysia

Tekstil adalah satu industri yang besar dan mempunyai skop yang luas. Ianya melibatkan banyak industri. Bukan hanya dalam bidang fesyen sahaja bahkan banyak lagi bidang- bidang lain. Contohnya yang paling senang untuk dilihat adalah "carpet" yang banyak digunakan sebagai pelapik lantai. Bahan tekstil juga diguna pakai dalam bidang automotif, decoration, furnishing, garment, construction, space (pakaian angkasa) dan sebagainya lagi.
Sebenarnya di Malaysia, Tekstil adalah material yang paling sinonim dengan penduduknya. Yang dimaksudkan adalah pakaian, pelbagai pakaian dan jenis material digunakan untuk mencorakan sesuatu design didalam masyarakat kita. Pakaian juga dipakai oleh semua kaum dengan cara mereka tersendiri. Persoalannya, adakah mereka tahu mengenali material yang dipakai dan digunakan oleh mereka?. Sayangnya mereka tidak menyedari dan kurang mengambil tahu tentang material yang dipakai. Jika diketahui kepentinganya, sudah pasti mereka akan rasa betapa pentingnya Tekstil dalam kehidupan seharian dan pasti mereka akan cuba mendalami ilmu tekstil itu sendiri.

Sepatutnya semua masyarakat Malaysia perlu mempunyai ilmu asas tentang tekstil. Golongan utama yang perlu mengetahui adalah mereka yang terlibat dalam industri Tekstil seperti penjual kain, pembuat batik, penjahit, pemilik butik, dan sesiapa sahaja yang terlibat lansung dalam bidang Tekstil.

A). Asas pembuatan Tekstil
1.   Pengenalan kepada Fiber
2.   Pengenalan kepada Yarn/ Benang
3.   Pengenalan kepada Fabrik
4.   Proces deying/ mewarna fabrik
5.   Produk- produk yang dihasilkan dari Fabrik.
B). Industri yang telibat secara langsung
1.   Pakaian dan Fesyen
2.   Penggunaan dalam Automotif
3.   Penggunaan dalam bidang Perubatan
4.   Penggunaan dalam bidang Penghotelan

5.    Penggunaan dalam Kejuruteraan

Sumber : KLIK SINI

Sejarah Batik di Malaysia

    Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Batik terkenal di Gugusan kepulauan Melayu iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Malaysia. Negeri yang popular dengan batik adalah Kelantan dan Terengganu.

Berikut adalah sejarah kraf batik:
2000 tahun dahulu - Telah wujud di Mesir dan Parsi
Abad ke 7 - Digunakan di Jepun dan China
Abad lke 15 - Diperkenalkan di T.Melayu pada zaman pemeerintahan Parameswara di Melaka
Abad ke18 - Batik pelangi memulakan perusahaan di Trengganu
1910an - Perusahaan batik di K.Baharu, Kelantan
1920an - Teknik ‘terap hitam’ digunakan utntuk mengecap kain. Blok kayu berukir dengan gaya ukiran timbul dicelup dengan pewarna hitam sebelum diterap pada kain putih. Pewarna kimia dari Eropah diperkenalkan pada tahun 1926
1930an - Perusahaan batik menggunakan teknik terapan lilin bermula di Terengganu dan Kelantan.Batik skrin diperkenalkan di Kelantan
Selepas perang dunia ke2 - Perusahaan batik berkembang dengan pesat dan menjadi industri kampung yang utama
Sekarang - Industri batik berkembang secara besar-besaran dan pengeluaranya telah menenbusi pasaran dunia

No comments:

Post a Comment